Empat ditahan susulan tular video lelaki dipukul di Kajang

LocalPolitics
16 Jan 2025 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes seorang lelaki dipukul di kawasan Semenyih, Kajang, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata video kejadian itu didapati tular menerusi media sosial semalam dan siasatan mendapati kejadian berlaku pada 5.45 petang, 29 Dis lepas.

“Dua suspek telah ditahan pada 8 dan 12 Jan manakala dua lagi suspek ditahan hari ini (semalam). Hasil semakan terhadap semua suspek berumur 32 hingga 36 tahun itu mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236 bagi membantu siasatan,” katanya.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved