Polis siasat teksi dipandu kedua-dua pintu belakang terbuka di Tawau

LocalPolitics
15 Jan 2025 • 9:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Polis sedang menyiasat insiden sebuah teksi yang dipandu dalam keadaan kedua-dua pintu penumpang belakang terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial apabila rakaman video kejadian itu tular sejak Selasa.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau menerima maklumat kejadian tersebut sekitar jam 3.30 petang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, polis segera melancarkan usaha mengesan pemilik teksi berkenaan berdasarkan video tular berkenaan dan hasil semakan sistem Mobile Card Acceptance Device (MCAD) kira-kira jam 10.20 pagi, mendapati kenderaan itu dimiliki seorang lelaki tempatan, 54.

"Hasil siasatan BSPT mendapati kenderaan tersebut terbuka di kedua-dua belah pintu penumpang bahagian belakang disebabkan oleh tindakan pemilik kenderaan itu membawa muatan sebuah televisyen bersaiz besar.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Televisyen itu disimpan di bahagian penumpang belakang kenderaan sehingga pintunya tidak dapat ditutup rapat,"katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Jasmin berkata, polis mengeluarkan notis saman di bawah Rule 18 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membawa barangan di atas kenderaan dengan membahayakan kenderaan lain atau orang lain terhadap pemilik kenderaan itu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});"Pemilik kereta juga diminta menjalani ujian saringan dadah (SD2) dan ujian air kencing," katanya lagi.