Empat gol fantastik Palmer benam habis Brighton

FootballSports
29 Sep 2024 • 9:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Palmer

image is not available
Palmer

BINTANG Chelsea, Cole Palmer mengesahkan status sebagai pemain tengah paling bersahaja musim ini apabila meledak empat gol ketika membenam cabaran Brighton, 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Namun bekas pemain lincah Manchester City berusia 22 tahun tersebut percaya mampu menjelmakan lebih banyak gol lagi dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Stamford Bridge.

“Saya sepatutnya menjaringkan lima atau enam gol...

“Sejujurnya, saya kecewa apabila terlepas peluang pertama tetapi sebenarnya kami berupaya menjelmakan lebih banyak jaringan selepas mencipta deretan peluang...

""Pengendali menyusun rancangan permainan pasukan dengan baik, kami tahu bagaimana untuk menyerang mereka dengan sempurna.

“Tiga mata adalah apa yang kami perlukan dan itulah yang kami dapat di Stamford Bridge,” katanya selepas menjadi pemain pertama menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama aksi Liga Perdana Inggeris.

Sentuhan Palmer pada separuh masa pertama sebelum itu terkena tiang diikuti dibatalkan kerana ofsaid kemudian berapa peluang menjaringkan gol secara terbuka gagal disempurnakan sebaiknya babak kedua perlawanan.

Namun jaringan pada minit ke-21, penalti m-28, m-31 dan m-41 sudah cukup memadamkan gol The Seagulls dihasilkan Georginio Rutter (m-7) dan Carlos Noom Quomah Baleba (m-34) seterusnya meletakkan Chelsea untuk berada dalam kelompok empat terbaik liga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved