Empat individu disyaki kemuka tuntutan palsu Penjana 2.0

15 May 2023 • 10:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu keana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja yang mempunyai butir palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dokumen tuntutan itu melibatkan jumlah kira-kira RM250,000, dikemukakan kepada Perkeso di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana 2.0).

Menurut sumber (SPRM), keempat-empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 29 hingga 63 tahun itu dari dua syarikat berbeza, ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di Kompleks SPRM Terengganu, ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Sumber berkata, dua suspek berjawatan pengurus dan seorang lagi merupakan pengerusi eksekutif syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran, manakala seorang lagi suspek adalah pemilik syarikat komputer.

"Syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran ini dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM170,000 pada tahun 2020 hingga 2021.

"Syarikat komputer itu pula mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM85,000 pada tahun 2021 hingga 2022,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, keempat-empat suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok bagi tujuan permohonan reman. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved