Empat Individu Ditahan Bantu Siasatan Pergaduhan Antara Keluarga

LocalPolitics
3 Nov 2025 • 3:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Empat Individu Ditahan Bantu Siasatan Pergaduhan Antara Keluarga

SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) — Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes pergaduhan antara keluarga dipercayai membabitkan seorang pempengaruh semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkata kesemua yang berusia antara 22 hingga 59 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun pada hari sama.

Beliau berkata dalam laporan itu, lelaki terbabit menyatakan berlaku perselisihan faham dan pergaduhan antara dia dan keluarga isterinya di satu kawasan perumahan di Teluk Pulai, Klang pada 2.40 petang.

“Rentetan laporan itu, polis menahan empat individu berkenaan dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Kamalariffin meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menerusi talian 03-33762 222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media hari ini melaporkan seorang pempengaruh dan usahawan telah membuat laporan di Balai Polis Klang, petang semalam berhubung dakwaan diserang dan dipukul hingga cedera di tangan dan wajah oleh empat individu dikenalinya, di hadapan rumah kakaknya di Teluk Pulai.

Sumber: BERNAMA