Polis Sahkan Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Suspek Kes Temb*kan Di Golok

LocalFootball
3 Nov 2025 • 2:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bekas pemain bola sepak Kelantan kini diburu polis selepas dia disyaki menembak seorang lelaki Malaysia di Sungai Golok, Thailand Sabtu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan perkara itu dan mengatakan identiti suspek dikenal pasti hasil siasatan dalaman. Difahamkan, suspek juga dipercayai memiliki dua kewarganegaraan.

Artikel berkaitan: “Ada yang melabur jutaan ringgit” –  Terdapat Madrasah Di Kelantan Mungkin Jadi Lokasi Ubah Wang Haram

Artikel berkaitan: Kes Pemalsuan Cop Pasport, Ibu Mentua Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditahan

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, maut dalam kejadian tembakan tersebut. Dia dilaporkan masuk ke Thailand menggunakan pas sempadan pada 1 November lalu dan mempunyai empat rekod kesalahan berkaitan dadah sejak tahun 2020.

Setakat ini, polis Malaysia masih menunggu gambar suspek daripada pihak berkuasa Thailand. Kawalan keselamatan turut diperketatkan dengan beberapa sekatan jalan raya dibuat bagi mengesan pergerakan suspek yang dipercayai sudah melarikan diri.

Motif kejadian pula akan disiasat oleh pihak berkuasa Thailand memandangkan insiden berlaku di negara tersebut.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Apam Muslim, Apam Putra, Pasir Mas pada jam 2.30 petang hari kejadian.

Sumber: NST

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.