Empat Kali Curang Tapi Dimaafkan, Suami Hilang Lagi Rupanya Ikut Perempuan Lain

28 Jun 2023 • 5:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila melihat gambar suaminya bersama wanita lain selepas hampir 24 jam menghilangkan diri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook itu, wanita dikenali sebagai Fika itu berkata dia tidak menyangka suaminya meninggalkannya tanpa sebarang wang ringgit.

Bukan itu sahaja, dia juga sanggup menjual kereta milik isterinya demi membeli tiket penerbangan dari Tawau, Sabah menuju ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan wanita lain.

image is not available

Aku 24 jam cari kau tak tidur dan tak makan sebab risaukan kau, rupanya kau lari dengan perempuan lain ya Allah.

Lebih mengejutkan, Fika mendedahkan bahawa sepanjang 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, dia sudah empat kali berlaku curang.

Bagaimanapun, wanita itu tetap memaafkan dan menerima kesalahan suaminya sehingga sanggup mempertahankan rumah tangga mereka.

image is not available

Apa lagi kurangnya aku sama kau wahai suamiku? Saku kau letak semua n dekat aku.

Dalam pada itu, Fika berharap suaminya datang berbincang dan melepaskannya dengan cara baik sekiranya sudah benar-benar tidak mahu bersama lagi.

Aku pun nak bebas macam kau, nak bersama perempuan mana-mana suka hati mu la.. janji kau lepaskan aku, ceraikan aku!!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Sorang Wakilkan 2 - 3 Nama" - Lelaki Dedah Rupanya Ramai Kena 'Scam' Dengan Agen Badal Haji