
Seorang wanita telah mendedahkan perbuatan suaminya yang berlaku curang melalui perbualan bersama wanita lain di aplikasi Whatsapp.
Menerusi hantaran di laman Facebook, wanita itu mendakwa dia mula melihat perubahan sikap pada suaminya ketika mereka bercuti di Kalimatan.
Jelasnya lagi, suaminya mula menunjukkan rasa resah kerana tempat tersebut tidak mempunyai rangkaian internet.

Gambar Hiasan
Rupanya dia resah sebab tak dapat contact perempuan simpanan dia.
Bukan itu sahaja, dia juga mendapati bahawa suaminya menyimpan nama perempuan tersebut dengan nama-nama lelaki yang berbeza seperti Ben Harry dan Asawa.
Patut lah banyak nama dalam phonebook dia yang aku tak kenal, rata-rata nama semua lelaki.
Namun, semuanya terbongkar selepas isterinya mendapati salah satu contact nombor yang terdapat di dalam senarai tersebut menggunakan nama ‘Aircond Man’ tetapi dengan gambar profil seorang wanita.
Di situlah aku mula curiga, pintar betul oh lelaki sekarang, taruk di contact nama lelaki tapi rupanya betina?!

Malah, isterinya turut menjumpai beberapa perbualan mesra dan gambar-gambar suaminya bersama wanita lain di atas katil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Beri Kenyataan Kenapa Sekat Akaun 'Rider' MatKibot, Ada Yang Kata Syarikat Penghantaran Berat Sebelah?
The post “Taruk Nama Lelaki Rupanya Betina?!” – Suami Kantoi Simpan ‘Contact’ Nombor Penyondol Sebagai ‘Aircond Man’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

