Empat kali mencuba, atuk usia 61 tahun berjaya tamatkan cabaran Ironman 2024

SportsHealth & Fitness
15 Oct 2024 • 4:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
atuk usia 61 tahun

Selepas empat kali mencuba, atuk usia 61 tahun berjaya tamatkan cabaran Ironman yang berlangsung pada 12 Oktober lalu.

Menerusi TikTok Haqiem Tajudin, dia telah memuat naik video kompilasi bapanya sewaktu mengharungi cabaran Ironman 2024 yang dimulakan dengan renangan sejauh 3.9 kilometer (km).

@hakiemtajudin

Part 105 | If there’s one thing that I learnt from you is to never give up on achieving your dreams. Age is indeed just a number @tajudin #ironman2024 #mydad #ironman #ironmanlangkawi #fitnessmotivation #oldbutgold #triathlon

♬ Evergreen - Richy Mitch & The Coal Miners

Atuk usia 61 tahun selesaikan Ironman 2024 dengan cacatan masa 15 jam lebih

Warga emas berkenaan berjaya menyelesaikan kesemua disiplin dalam tempoh masa 15 jam, 54 minit dan 23 saat.

Difahamkan, dia telah menyesaikan disiplin renang, diikuti berbasikal sejauh 180km dan menamatkan larian marathon sejauh 42km sehingga ke garisan penamat.

image is not available

Atuk usia 61 tahun rai kejayaan dengan isteri, anak2 dan cucu

Lebih manis lagi, pada 3km terakhir, warga emas berkenaan telah ditemani oleh anaknya bagi menyelesaikan semua disiplin sekali gus disambut oleh ahli keluarga yang tak henti memberi sokongan.

Menurut Haqiem, Ironman 2024 merupakan percubaan keempat bapanya dalam menyertai acara tersebut dan dia sekeluarga berasa sangat bangga dengan pencapaian berkenaan.

image is not available

Fit macam orang muda!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa kagum dengan kekuatan mental dan fizikal lelaki tersebut walaupun sudah berusia lebih dari setengah abad.

Mereka juga memuji pencapaian lelaki warga emas berkenaan yang tidak menjadikan usia sebagai penghalang untuk kekal cergas seperti generasi muda.

image is not available

Tak payah cerita dekat anak cucu sebab dia sendiri tengok atuk di finish lane

image is not available

Dia tak berlumba, dia cuma bergembira

image is not available

Tengok Aliff Satar yang muda pun rasa penat, apa lagi warga emas

image is not available

Sekadar info, Ironman Langkawi merupakan acara tahunan yang disertai pelbagai lapis usia dalam mengharungi beberapa disiplin seperti renang, berbasikal dan juga larian marathon.

Sumber: TikTok hakiemtajudin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved