Empat kanak-kanak lemas cuba ambil bola

15 Sep 2026 • 7:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Empat kanak-kanak lemas cuba ambil bola

KULIM: Empat kanak-kanak lelaki yang lemas dalam kejadian di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini semalam dipercayai cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang di kawasan itu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, dan adik tirinya, Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8, serta dua lagi iaitu Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, hasil temu bual dengan ibu salah seorang mangsa mendapati kesemua mereka keluar bermain bola sebelum bola itu terjatuh ke dalam longkang.

“Kesemua mangsa dipercayai cuba untuk mengambil bola sebelum terjatuh ke dalam longkang dan lemas. Anggaran kedalaman longkang tersebut kira-kira 3.05 meter dan lebar 1.83 meter. Tiada saksi yang melihat kejadian itu berlaku,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada semalam untuk bedah siasat.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan empat kanak-kanak meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan.

Dua mangsa berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi yang berusia lapan dan 10 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim.

Kejadian itu turut tular menerusi beberapa gambar dan video di media sosial yang memaparkan mangsa dibawa naik dari longkang dan kawasan kolam tadahan oleh beberapa individu dalam keadaan tidak sedarkan diri. – UTUSAN

The post Empat kanak-kanak lemas cuba ambil bola appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved