
Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang
Seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Selangor, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11 pagi berhubung kejadian terbabit.
Beliau berkata kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan, sebuah kereta Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya Shah Alam, sebuah Honda City dan sebuah Proton X70. JBPM Selangor
https://x.com/bernamadotcom/status/1971823085470077024
Sumber: Bernama
BACA: Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik, Pembersihan Amalan Ketirisan – PM Anwar
The post Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang appeared first on Siakap Keli.


