Empat kereta musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Bukit Mertajam

LocalCars
22 Dec 2025 • 6:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Empat kenderaan termasuk MPV dan SUV musnah terbakar di tempat letak kereta berhampiran kompleks makanan di Bukit Mertajam petang ini

BUKIT MERTAJAM: Empat kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah tempat letak kereta berhampiran kompleks makanan di Jalan Song Ban Kheng petang ini.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.27 petang dan tiba dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kebakaran melibatkan empat kereta berbeza jenis.

“Kebakaran melibatkan empat kereta iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan kenderaan utiliti sukan (SUV) BMW X5 dengan masing-masing dianggarkan terbakar 95%,” katanya.

Dua lagi kenderaan iaitu sedan Toyota Camry dilaporkan terbakar 30% dan 15%.

Kerja-kerja memadam kebakaran dibantu oleh pasukan bomba sukarela dari Padang Lalang, Cross Street dan Berapit.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.04 petang.

Lokasi kejadian kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk siasatan lanjut.

Punca kejadian dan anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan.