Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan

LocalCars
22 Dec 2025 • 6:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan

BUKIT MERTAJAM, 22 Dis (Bernama) — Empat kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kompleks makanan di Jalan Song Ban Kheng di sini, musnah dalam kebakaran petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 2.27 petang.

“Kebakaran melibatkan empat kereta iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan kenderaan utiliti sukan (SUV) BMW X5 dengan masing-masing dianggarkan terbakar 95 peratus manakala dua lagi kenderaan sedan Toyota Camry terbakar 30 dan 15 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata komander operasi dengan pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap membuat penilaian awal seterusnya menjalankan kerja-kerja mengawal dan memadam kebakaran dibantu pasukan bomba sukarela Padang Lalang, Cross Street dan Berapit.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal pada 3.04 petang dan lokasi kemudian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut manakala punca kejadian dan jumlah sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

BACA: Isu Pemalsuan Dokumen: FAM Buat Laporan Polis Seperti Disyor IIC

Sumber: BERNAMA

The post Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan appeared first on Siakap Keli.