Empat Kru AS Maut Selepas Pesawat Pengisi Minyak Terhempas Di Iraq

13 Mar 2026 • 6:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Empat Kru AS Maut Selepas Pesawat Pengisi Minyak Terhempas Di Iraq

BAGHDAD -- Empat anak kapal Amerika Syarikat (AS) terkorban selepas sebuah pesawat pengisi minyak di udara, KC-135 milik Amerika terhempas di barat Iraq, lapor AFP.

Perkara itu disahkan oleh tentera AS dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform X (Twitter) pada hari ini.

"Empat daripada enam anak kapal yang berada di dalam pesawat telah disahkan maut sementara usaha menyelamat masih diteruskan," kata Markas Pusat AS (CENTCOM), yang bertanggungjawab ke atas pasukan Amerika di Timur Tengah.

Tambah kenyataan itu, satu siasatan sedang dijalankan berhubung nahas berkenaan.

"Bagaimanapun, kehilangan pesawat tersebut bukan disebabkan oleh serangan musuh mahupun tembakan persahabatan (friendly fire)," jelas kenyataan itu lagi.

Sebelum ini media melaporkan peesawat KC-135 berkenaan terhempas di barat Iraq, manakala sebuah lagi pesawat yang terlibat dalam insiden sama berjaya mendarat dengan selamat.

“Salah satu pesawat terhempas di barat Iraq, manakala pesawat kedua berjaya mendarat dengan selamat. Insiden ini bukan berpunca daripada tembakan musuh atau tembakan rakan sendiri,” maklum CENTCOM.

Pesawat beroperasi lebih 60 tahun

KC-135, yang telah beroperasi lebih 60 tahun, lazimnya dikendalikan oleh tiga kru iaitu juruterbang, pembantu juruterbang serta seorang operator yang mengendalikan boom untuk mengisi minyak pesawat lain di udara, menurut Tentera Udara Amerika Syarikat.

Namun, sesetengah misi KC-135 memerlukan seorang navigator dan pesawat itu juga mampu membawa sehingga 37 penumpang.