Empat lelaki rentung kereta terbabas, terbakar

7 Aug 2023 • 6:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang terbakar. - Foto Bomba Perak

image is not available
Nahas sebuah kereta menyebabkan empat lelaki rentung di Kilometer 220 Lebuhraya WCE arah utara berhampiran susur keluar Changkat Cermin pada Isnin. - Foto Bomba Perak

image is not available
Keadaan kereta yang terbabas dan terbakar di Kilometer 220 Lebuhraya WCE arah utara berhampiran susur keluar Changkat Cermin pada Isnin. - Foto Bomba Perak

MANJUNG - Empat lelaki rentung dalam nahas sebuah kereta di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara berhampiran susur keluar Changkat Cermin dekat sini pada Isnin.

Kejadian dilaporkan pada jam 5.11 petang itu membabitkan kereta jenis Proton Saga yang terbabas sebelum terbakar.

Difahamkan, keempat-empat mangsa yang merupakan warga tempatan menaiki kenderaan bersama seorang lagi mangsa yang terselamat.

Bagaimanapun identiti semua mangsa setakat ini masih belum dikenal pasti.

**media[2297052]**

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat awal mendapati, mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bekerja di Lumut.

"Operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dibantu Balai Sitiawan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

**media[2297050]**

"Semua mangsa akan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk tindakan selanjutnya," katanya.