Empat lelaki sumbat dua lembu curi dalam kereta diberkas polis

8 Jan 2024 • 6:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUANTAN, 8 JAN: Polis menahan empat lelaki yang cuba mencuri dua ekor lembu dengan menyumbat haiwan itu ke dalam kereta Proton Wira Aeroback, selepas kenderaan itu terbabas di jalan utama Mempaga-Lebu, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata lembu itu dipercayai dicuri dari sebuah ladang sawit di Krau 4, Raub, berdasarkan tanda di telinga haiwan itu.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, ada penternak mendakwa terlihat kereta itu di tepi jalan berhampiran ladang berkenaan, dan semasa didekati kenderaan itu terus memecut laju.

“Kereta itu terbabas berhampiran dengan tapak pasar malam di Mempaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shahril berkata empat lelaki berusia antara 23 hingga 31 tahun ditahan, dan seorang daripadanya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dekat sini untuk menerima rawatan kerana mengalami kecederaan.

Beliau berkata tiga daripada suspek didapati positif dadah, dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan curi yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved