Empat 'mat rempit' ditahan merusuh, pukul anggota polis bertugas Op Selamat

26 Apr 2023 • 7:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

JOHOR BAHRU: Polis menahan empat individu kerana dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun itu dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram, ditahan di sekitar bandar raya ini dan Kulai semalam.

Beliau berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat anggota terbabit pada hari kejadian pada pukul 3.04 petang.

“Anggota polis berkenaan membuat laporan polis mengatakan dirinya telah dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal ketika menjalankan tugas Op Selamat.

SPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more “Hasil siasatan awal keempat-empat individu itu mengaku terlibat dalam kejadian merusuh tersebut dan perlumbaan haram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiga daripada empat suspek berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula semalam (25 April) dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.