Empat Maut Dalam Nahas Babit Lima Kenderaan

Local
1 Jun 2026 • 4:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.16 tengah hari itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu Toyota Vios, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nur Airish Syifa Sidek, 10, Nor Azlina Abd. Latif, 33, dan Semek Mat Soh, 73.

Image from: Empat Maut Dalam Nahas Babit Lima Kenderaan

Foto: Media sosial

Kesemua mangsa dipercayai menaiki Toyota Vios yang terlibat dalam nahas bersama sebuah Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes E240 dan BMW.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.16 tengah hari.

Menurut beliau, sebuah jentera bersama lima anggota digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan lima buah kenderaan dengan beberapa mangsa terperangkap di dalam Toyota Vios.
“Pasukan bomba bertindak menjalankan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Image from: Empat Maut Dalam Nahas Babit Lima Kenderaan

Foto: Media sosial

Beliau berkata, tiga mangsa dalam Toyota Vios ditemukan meninggal dunia di dalam kenderaan berkenaan, manakala seorang lagi mangsa wanita warga emas tercampak keluar sebelum ditemukan di atas sebuah Mercedes yang turut terlibat dalam kemalangan itu.

Mayat semua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat.

Image from: Empat Maut Dalam Nahas Babit Lima Kenderaan

Foto: Media sosial

Sementara itu, pemandu Perodua Alza, Husnizam Hisamudin, 38, mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan lanjut.

Pemandu Proton Wira berusia 22 tahun serta empat penumpang Mercedes E240 pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius, manakala pemandu BMW telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Image from: Empat Maut Dalam Nahas Babit Lima Kenderaan

Foto: Media sosial

Punca kejadian masih dalam siasatan polis.

Operasi menyelamat ditamatkan selepas semua mangsa berjaya dikeluarkan dan keadaan di lokasi disahkan terkawal.

Sumber: Kosmo! Online (Adnan Ibrahim)

The post Empat Maut Dalam Nahas Babit Lima Kenderaan appeared first on Borak Daily.

View Original Article