Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis

11 Jul 2026 • 11:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis
Antara mangsa yang maut Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, (kanan), Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33,(atas, kiri) dan Muhammad Safawi Md Noh, 24, (kiri)
Image from: Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis
Lebih 30 motosikal dipercayai berkonvoi terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RXZ awal pagi tadi.
Image from: Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis
Suasana di unit Forensik HTAA

KUANTAN - Lebih 30 motosikal dipercayai berkonvoi terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RXZ dan mencederakan 20 yang lain di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kemaman di sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, nahas tersebut turut melibatkan sebuah kereta.

**media[3578457]**

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, beralamat dari Bachok, Kelantan, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dari Paka,Terengganu dan Mohd Aizat Husni, 33, dari Jerteh,Terengganu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang lagi penunggang, Muhammad Safawi Md Noh, 24, dari Felda Neram 2, Kemaman meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

"Penumpang belakang kereta jenis Toyota Vios, Nur Irish Adelia Aziz, 13, dilaporkan cedera di bahagian tengkuk dan dihantar menerima rawatan di hospital sama manakala pemandu, Muhammad Irfan Aziz, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Butiran mangsa lain masih belum diperoleh," katanya.

**media[3578448]**

Ashari berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kereta dipandu Muhammad Irfan dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke arah Kemaman.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, semasa bergerak lurus di lorong kanan, secara tiba-tiba motosikal ditunggang salah seorang mangsa, Che Mohd Sufian dipercayai terlanggar bahagian belakang kereta berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPT

Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis

Nahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospital

"Penunggang motosikal dipercayai terjatuh di lorong kanan menyebabkan penunggang lain gagal mengelak lalu terlanggar sesama sendiri.

"Akibat kemalangan tersebut, tiga penunggang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTAA.

"18 mangsa cedera di rawat di HTAA manakala dua lagi di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini," katanya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved