Suasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ

11 Jul 2026 • 5:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ
Jenazah Muhammad Hafiz Al Hakim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka di Dungun pada Sabtu.
Image from: Suasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ
Jenazah Che Mohd Sufian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka di sini sekitar jam 4.45 petang pada Sabtu.

DUNGUN - Jenazah dua daripada empat mangsa yang terkorban dalam nahas ngeri membabitkan kumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) selamat dikebumikan pada petang Sabtu.

​Jenazah Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, dan Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, di sini sekitar jam 4.45 petang.

​Sebelum itu, jenazah berkenaan disolatkan di Masjid Hadhari, Kampung Cacar Baru, di sini.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan sebaik sahaja jenazah kedua-dua mangsa tiba pada jam 4 petang untuk urusan pengebumian.

​Kira-kira 300 orang hadir termasuk ahli keluarga, saudara-mara, serta kenalan rapat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada kedua-dua Allahyarham.

**media[3578960]**

Nahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewat

​Tragedi berdarah awal pagi Sabtu itu mengorbankan empat nyawa penunggang motosikal selepas terlibat dalam kemalangan berantai membabitkan 12 buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 LPT menghala ke Kemaman.

​Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, tiga daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Dua lagi mangsa yang terkorban dikenali sebagai Mohd Aizat Husni, 33 manakala Muhammad Safawi Md Noh, 24, disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

​Pihak berkuasa memaklumkan siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian membabitkan kemalangan itu masih dijalankan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved