Empat Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

25 Oct 2025 • 9:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Empat Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah dijangka hujan.

“Di Kelantan, daerah yang diramal hujan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Manakala di Terengganu seperti Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat seperti Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

“Bagi Sabah pula, termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0bSZWisbrUAqFS2HfSsEfspU84pDzQyJDQqHq4sWspJNoDuA98HDm9V2LwozhzKQtl

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved