Hujan Lebat Di 10 Negeri Petang Ini

24 Oct 2025 • 4:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di 10 Negeri Petang Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan berlaku di 10 negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, hujan lebat juga diramal turut berlaku di Kelantan iaitu di daerah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Manakala di Terengganu pula hanya melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Bagi negeri Pahang, hanya daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh yang terlibat.

Di Selangor, daerah yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Cuaca buruk juga diramalkan akan melanda daerah Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Manakala, di Sabah, ia melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Justeru, orang ramai diminta untuk berwaspada dan tidak berada di kawasan yang berisiko.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved