
Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.
"Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kinta, Kampar dan Batang Padang. Manakala di Pahang pula seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.
"Bagi Sarawak pula termasuk kawasan di Sri Aman dan Kapit dan Sabah hanya di kawasan Tawau (Tawau)," maklum kenyataan itu.
AirBus Space Kongsi Gambar Malaysia Dari Angkasa
Ini Yang Terjadi Pada Bumi Jika Matahari 'Hilang' Secara Tiba-tiba
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.




