Amaran ribut petir di seluruh negara, hujan lebat hingga 10 pagi

21 Apr 2026 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 10 pagi ini.

Antara kawasan terlibat ialah Perak meliputi Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, selain Pahang (Bera dan Rompin).

Di Selangor, amaran melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, termasuk Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Turut terjejas Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson, Jempol dan Tampin, selain Melaka serta Johor di kawasan Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong) serta Kapit (Song).

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan susulan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan melebihi tempoh sejam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved