Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

17 Dec 2025 • 4:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di  empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Perlis serta WP Labuan diramal hujan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu dan Kuala Muda.

“Bagi Sarawak pula termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang.

“Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0rMKJo9b4S9hWPNvvkU9eSGXpCk8PCqebXqa9n8gRC9hwaPuJnrY3XBWtjKsEV5dnl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

The post Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.