Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

17 Dec 2025 • 10:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Perlis serta WP Labuan diramal hujan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap selain di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“D Sabah pula termasuk Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02UMdeDoGaZA46avcL3S9AuDPwCF5RFtSaw5SitUg4cXTGKVxUEwMcsnhHVzAAP8osl

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved