Empat pelajar Darul Quran Ittifaqiyah dipercayai hilang

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 3:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan empat pelajar Darul Quran Ittifaqiyah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada Selasa.

"Pelajar tersebut dipercayai keluar daripada pusat tahfiz berkenaan dan tidak pulang.

"Kertas Enkuiri Polis (KEP) dibuka di bawah kes orang hilang dan siasatan masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Terdahulu tular di media sosial berhubung kehilangan pelajar Darul Quran Ittifaqiyah.

Kehilangan sekumpulan pelajar itu dimaklumkan oleh salah seorang bapa pelajar.