Keluarga Mohon Bantuan Jejak Empat Pelajar Tahfiz Hilang

10 Oct 2024 • 6:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Keluarga Mohon Bantuan Jejak Empat Pelajar Tahfiz Hilang

Polis menerima laporan kehilangan empat pelajar lelaki Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, lapor Malaysia Gazette.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismaul mengesahkan keempat-empat mangsa yang berusia antara 10 hingga 12 tahun itu tidak pulang ke tahfiz selepas keluar sejak 8 Oktober.

“Setakat ini mereka masih belum ditemui,” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya telah membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) dan siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian tersebut.

Kehilangan keempat-empat pelajar tahfiz berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi hantaran tersebut, kehilangan Muhammad Ammar Darwish Mohd Farid, 10, Muhammad Abdul Razak, 12, Muhammad Ammar Danish Mohd Farid, 12, dan Ahlami Idraqy Mohd Hisyam, 12, disedari oleh salah seorang pengajar kira-kira jam 10.30 malam.

Berikutan itu, keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki mangsa.