Empat Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Di LPT

11 Jul 2026 • 11:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Empat Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Di LPT

Empat Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Di LPT

KUANTAN, 11 Julai (Bernama) -- Empat penunggang motosikal maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan di KM 246.4 Lebuhraya Pantai Timur di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan dan Mohd Aizat Husni masing-masing berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ meninggal dunia di tempat kejadian.

Image from: Empat Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Di LPT

Beliau berkata seorang lagi mangsa Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan 12 motosikal itu.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari Kuantan sedang menghala ke Kemaman.

Baca juga:

“Ketika ditempat kejadian, secara tiba-tiba motosikal ditunggang Che Mohd Sufian dipercayai telah terlanggar bahagian belakang kereta itu dan terjatuh di lorong kanan menyebabkan beberapa lagi penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri di atas jalan,” katanya dalam kenyataan.

Image from: Empat Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Di LPT

Beliau berkata kemalangan itu mengakibatkan seorang remaja berusia 13 tahun yang juga penumpang kereta berkenaan, cedera di bahagian tengkuk manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.

Ashari berkata kes disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved