Empat remaja cemas dihanyutkan arus banjir

14 Dec 2023 • 7:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dalam kejadian sekitar jam 4.18 petang itu kesemua mangsa yang berusia 16 tahun dikatakan sedang menahan pukat di kawasan terbabit. Empat remaja berkenaan tersangkut pada satu batang pokok yang sama dalam jarak 150 meter. Anggota bomba menggunakan teknik 'river crossing' menggunakan tali untuk menyelamatkan mereka.

image is not available
Keempat-empat remaja terbabit berjaya diselamatkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

MACHANG - Empat remaja lelaki berdepan detik cemas selepas mereka dihanyutkan arus deras banjir sebelum tersangkut pada sebatang pokok dalam kejadian di Kampung Mengketil dekat sini pada Khamis.

**media[2461441]**

Dalam kejadian sekitar jam 4.18 petang itu kesemua mangsa yang berusia 16 tahun itu dikatakan sedang menahan pukat di kawasan terbabit.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Azwan Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan dan melihat kejadian terbabit.

"Ketika sampai di lokasi, kami mendapati empat remaja berkenaan tersangkut pada sebatang pokok yang sama dalam jarak 150 meter.

"Kami menggunakan teknik 'river crossing' menggunakan tali untuk menyelamatkan mereka.

"Operasi menyelamat mengambil masa selama 23 minit untuk menyelamatkan kesemua mangsa," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, keempat-empat remaja terbabit diserahkan kepada keluarga masing-masing.