Remaja lemas ketika berenang bersama rakan di tasik

14 Dec 2023 • 5:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai berenang bersama-sama empat rakannya di sebuah tasik di Jalan SP3, Bandar Saujana Putra, Selangor pada 1.12 tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.33 pagi.

“Apabila tiba di lokasi terdapat seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas. Kerja mencari di permukaan air giat dijalankan, dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Shah Alam dan Pelabuhan Klang telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Remaja itu didapati telah lemas di tasik dengan anggaran lingkungan lima meter dari tebing dan kedalaman lima meter dari kawasan mangsa dikuatiri lemas. Mayat mangsa dijumpai oleh Unit PPDA dengan anggaran kedalaman lima meter dari dasar,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -Bernama