Empat rumah, 7 kenderaan musnah terbakar

25 Jun 2023 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Empat rumah dan tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Kg Hidayat Batu 4 Jalan Apas, sekitar jam 1.40 pagi, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, sepasukan 15 pegawai dan anggota serta empat jentera termasuk kenderaan utiliti dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 pada jam 1.43 pagi.

“Pasukan kita bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air lori tangki dan berjaya menyelamatkan sebuah rumah kedai berukuran 90 x 60 kaki dan dua lagi rumah kediaman berukuran 30 x 50 kaki,” katanya.

Jemishin berkata, pihaknya berjaya mengawal api kebakaran daripada terus merebak pada jam 2.29 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.07 pagi.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.