
TAWAU: Enjin sebuah Perodua Myvi terbakar dalam satu insiden di Batu 3 Jalan Apas kira-kira jam 7.27 pagi, Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, sembilan anggota dan dua jentera dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 7.29 pagi menerusi MERS999.
Jemishin berkata enjin Perodua Myvi itu terbakar 20 peratus selepas berlanggar dengan sebuah lori Isuzu tiga tan dan sebuah Proton Saga.
Bagaimanapun, kebakaran tersebut, katanya, berjaya dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum pasukannya tiba di lokasi.
SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Katanya, insiden itu tidak membabitkan sebarang mangsa dan operasi ditamatkan pukul 7.50 pagi selepas tiada lagi bahaya lain di lokasi.
Sementara itu, dalam kejadian lain di Semporna, sebuah kapal ikan dilaporkan terbakar di Bukit Sakong Sungai Buaya sekitar jam 9.50 pagi, Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Abdul Kadir Halalan berkata, sepasukan enam anggota dikerah ke lokasi bersama sebuah bot kevlar selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.55 pagi menerusi MERS999.
Kadir berkata pasukan itu turut dibantu lima anggota serta dua jentera termasuk utiliti daripada BBP Semporna.
Katanya, operasi pemadamanan sedang dijalankan dan tiada masang dilaporkan terlibat, setakat ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

