
Terkini, empat individu yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita telah direman selama enam hari hingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan kes rompakan rumah usahawan makanan yang dikenali sebagai Kieda Crepe pada 25 April lalu.
Hanya dapat merampas barang kemas tersisa
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman, kesemua suspek terbabit berusia dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun dan mereka berjaya ditahan di Jalan Duta, Kuala Lumpur antara pukul 9 hingga 10 pagi hari ini.
Ketika ditahan, kita hanya berjaya merampas barangan kemas bernilai RM40,000 yang mana, kita percaya, suspek telah menjual sebahagian barangan kemas yang telah dicuri.
Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berkenaan. Mereka akan direman enam hari untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, keempat-empat suspek ini juga belum dapat dikenal pasti hubungan sebenar antara mereka.
Setakat ini, kita belum dapat memastikan hubungan keempat-empat suspek ini, sama ada pasangan kekasih atau suami isteri.
View this post on Instagram
Terdahulu, kecoh di media sosial soal kes rompak yang didedahkan oleh Kieda atau Siti Nur Khalieda Yusra yang mendakwa kehilangan barang kemas serta duit berjumlah RM800K ketika didapati rumahnya telah dipecah masuk antara jam 8 hingga 11 malam.
"Saya Tak Makan Sebab Teringatkan Barang-Barang Saya.." - Kieda Tak Berniat Ingin Viral, Hanya Berharap Pihak Atasan Segerakan Siasatan
The post “Suspek Telah Menjual Sebahagian Barang Kemas..” – Empat Suspek Kes Rompak Rumah Kieda Crepe Direman Enam Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

