Empat sekeluarga diislamkan sendiri oleh TYT Melaka, Ali Rustam

15 May 2026 • 1:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat sekeluarga diislamkan sendiri oleh TYT Melaka, Ali Rustam
Tun Mohd Ali mengislamkan empat sekeluarga itu menerusi lafaz syahadah diadakan di surau AGIBS pada Khamis. Foto: Istana Melaka.
Image from: Empat sekeluarga diislamkan sendiri oleh TYT Melaka, Ali Rustam
Empat sekeluarga yang diislamkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam melalui majlis lafaz syahadah berlangsung di Surau AGIBS Bukit Katil di sini Khamis lalu.
Image from: Empat sekeluarga diislamkan sendiri oleh TYT Melaka, Ali Rustam
Tun Mohd Ali (dua dari kiri) beramah mesra dengan keluarga yang baharu memeluk Islam. Foto: Istana Melaka.

MELAKA - Hasrat sebuah keluarga mendalami Islam menjadi detik manis apabila pengislaman mereka disempurkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam melalui majlis lafaz syahadah berlangsung di Surau AGIBS Bukit Katil di sini Khamis lalu.

Keluarga tersebut terdiri daripada pasangan suami isteri, Mohammad Redwan Abdullah dan Siti Hajar Abdullah serta dua anak mereka, Mohammad Jeffery Abdullah dan Nur Suzana Abdullah.

Majlis pengislaman itu dipimpin oleh Timbalan Mufti Negeri Melaka, Ehsan Mohd Hosni.

Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nasir Wahab berkata, pasangan itu melafazkan syahadah secara bersama tepat jam 8.15 malam bersamaan 26 Zulkaedah 1447 Hijrah.

**media[3521501]**

“Dua mualaf baharu ini disyahadahkan oleh Tun Mohd Ali dan merupakan mualaf ke-40 dan ke-41 di bawah MAIM bagi tahun 2026 setakat 14 Mei.

“Lafaz syahadah ini turut disaksikan ahli keluarga dan penduduk setempat yang hadir memberi sokongan kepada saudara-saudara baharu ini,” katanya.

Beliau berkata, seramai 41 saudara baharu telah direkod memeluk Islam dan berdaftar di bawah MAIM pada tahun ini setakat Mei.

**media[3521503]**

Ujar beliau, Surau AGIB antara lokasi aktif melaksanakan proses pengislaman dengan lebih 10 individu telah melafazkan syahadah di situ dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kesemua mualaf yang diislamkan tetap perlu ke Balai Islam untuk proses pendaftaran kerana hanya MAIM sahaja yang berkuasa untuk mengeluarkan kad pengislaman mualaf.