Empat stesen sungai Selangor lepasi paras bahaya, enam pada tahap amaran

LocalEnvironment
25 Nov 2026 • 12:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Empat stesen sungai Selangor lepasi paras bahaya, enam pada tahap amaran

SHAH ALAM, 25 NOV: Empat stesen sungai di Selangor melepasi paras bahaya, manakala enam lagi berada pada tahap amaran setakat 11.45 pagi tadi, menurut data terkini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat merekodkan bacaan 4.74 meter (m), melebihi paras bahaya 4.2m sebanyak 0.54m, namun menunjukkan trend menurun.

Turut melepasi paras bahaya ialah Teluk Penyamun Jeti, Kuala Selangor dengan bacaan 6.255m berbanding paras 6.2m, serta Pintu Air Ijok yang mencatatkan 3.73m berbanding paras 3.7m.

Satu lagi stesen ialah Bukit Changgang (F2), Kuala Langat yang merekodkan bacaan 4.738m, melepasi paras bahaya 4.2m dan menunjukkan trend menurun.

Enam stesen sungai pada paras amaran ialah:

  • Kampung Asahan, Kuala Selangor - 2.902m

  • Jambatan Sempadan Sabak Bernam/Teluk Intan - 2.8m

  • Dengkil, Sepang - 7.3m

  • Kampung Labu Lanjut, Sepang - 5.726m

  • Dengkil (Sungai Langat Dengkil), Sepang - 7.154m

  • Pekan Meru (F2), Klang - 4.011m

  • Sementara itu, sembilan stesen lagi berada pada paras waspada, antaranya:

    • Rantau Panjang, Kuala Selangor - 5.66m

    • Parit Mahang, Kuala Selangor - 3.577m

    • Rimba KDR, Sabak Bernam - 1.71m

  • Batu 12, Hulu Langat - 41.55m

  • Taman Mas, Sepang - 2.433m

  • Kampung Sungai Manggis, Kuala Langat - 2.23m

  • Pekan Meru, Klang - 3.95m

  • Kampung Perepat, Kapar - 0.72m

  • Seri Kembangan, Petaling - 37.032m

  • Dalam perkembangan sama, stesen JPS Hulu Langat merekodkan hujan sangat lebat sebanyak 61 milimeter (mm) pada 1.19 pagi, manakala Kampung Melayu Ampang mencatatkan hujan sederhana sebanyak 23.5mm pada 12.45 pagi.

    JPS turut mengeluarkan isyarat bahaya di Kampung Batu 9, Kebun Baru, Sijangkang, Kuala Langat bermula 11.37 pagi, manakala isyarat amaran dikeluarkan di Jalan Sukepi, Sungai Rambai bermula 11.32 pagi.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved