Empat Suspek Kes Dadah Pembantu Juruterbang Sempat Lari Ke Thailand Dan Vietnam

4 Sep 2026 • 3:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Empat daripada enam suspek yang dikaitkan dengan kes penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang Malaysia dipercayai cuba mengelak daripada pihak berkuasa dengan melarikan diri ke luar negara.

Bagaimanapun, usaha itu tidak bertahan lama apabila kesemua mereka akhirnya berjaya ditahan JSJN Bukit Aman antara 20 hingga 28 Ogos lalu.

Suspek kes dadah kembali ke Malaysia

juruterbang

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua suspek melarikan diri ke Thailand manakala dua lagi ke Vietnam selepas mengetahui pembantu juruterbang berusia 39 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 28 Julai lalu.

Daripada enam suspek yang ditahan, empat daripadanya melarikan diri ke luar negara iaitu dua ke Thailand dan dua lagi ke Vietnam.- Katanya.

Menurut Hussein, dua suspek yang berada di Thailand ditahan ketika kembali ke Malaysia menggunakan feri di Kuah, Langkawi.

Dua lagi yang melarikan diri ke Vietnam pula ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, manakala baki dua suspek diberkas masing-masing di Bukit Mertajam dan Klang. Kesemua enam suspek berusia antara 23 hingga 50 tahun kini ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya, Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 bagi membantu siasatan lanjut.

Dadah bernilai RM45 juta

Image from: Empat Suspek Kes Dadah Pembantu Juruterbang Sempat Lari Ke Thailand Dan Vietnam

Kes ini bermula selepas pembantu juruterbang terbabit ditahan di Terminal 3 Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Soekarno-Hatta selepas tiba dari Kuala Lumpur menerusi penerbangan MH727.

Pemeriksaan dilakukan selepas pegawai kastam Indonesia mengesan sesuatu yang mencurigakan pada bagasinya menerusi imbasan sinar-X.

Two uniformed officers display a white shirt with black stripes at a press conference, smiling, with a colorful banner in the background; inset shows a pixelated man in a white shirt with epaulets.

Hasil pemeriksaan menemukan 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25 kilogram serta empat gram syabu dalam barang bawaannya. Nilai keseluruhan dadah itu dianggarkan sekitar RM45 juta.

Menurut polis Indonesia, pembantu juruterbang itu didakwa dijanjikan bayaran RM50,000 untuk membawa dadah berkenaan ke Jakarta sebelum ia diambil individu lain dari sebuah hotel. Sebahagian hasil siasatan kes ini juga akan dikongsi dengan Polis Republik Indonesia untuk tindakan lanjut.

The post Empat Suspek Kes Dadah Pembantu Juruterbang Sempat Lari Ke Thailand Dan Vietnam appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved