Rakyat Malaysia Kerugian RM28.67 Juta Akibat Penipuan Kod QR Pada H1 2026

LocalPersonal Finance
4 Sep 2026 • 3:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rakyat Malaysia kerugian RM28.67 juta akibat penipuan kod QR dalam enam bulan pertama 2026. Selain itu penipuan melibatkan kod QR juga melonjak daripada 223 pada 2023 ke 655 pada 2024 dan kemudian 5907 kes pada 2025. Kerugian juga melonjak daripada RM4.59 juta pada 2023 ke RM40.85 juta pada tahun 2025.

Image from: Rakyat Malaysia Kerugian RM28.67 Juta Akibat Penipuan Kod QR Pada H1 2026

Kod QR digunakan untuk menyorokkan pautan berbahaya, mengalihkan pembayaran, atau mencuri maklumat perbankan. Teknik penipuan menggunakan kod QR kini menerima nama “Quishing”. Jumlah kes tertinggi dicatatkan di Selangor diikuti pula oleh Johor dan Kuala Lumpur. Peningkatan kes penipuan kod QR adalah berkait rapat dengan penggunaan transaksi digital, e-dagang, dan pembayaran tanpa tunai yang kini semakin digunakan orang ramai.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum mengimbas kod QR, terutama yang dihantar oleh individu tidak dikenali atau disertakan dengan permintaan segera seperti bayaran, hadiah, atau pengesahan akaun.

Sumber – The Star

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved