Empat Tahun Terajui FELDA, Amiruddin Tamat Perkhidmatan Sebagai Pengarah Besar

LocalPolitics
16 Oct 2024 • 5:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perkhidmatan Datuk Amiruddin Abdul Satar sebagai pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) tamat pada 14 Oktober lalu, selepas empat tahun menerajui agensi tersebut.

Jabatan Komunikasi Strategik FELDA berkata, Amiruddin telah memimpin FELDA melalui pelbagai cabaran dengan penuh dedikasi dan visi yang jelas terutama dalam tempoh pasca pandemik COVID-19.

image is not available

Menurutnya, beberapa inisiatif penting telah dilaksanakan termasuk pelaksanaan Kertas Putih: Ke Arah Kelestarian FELDA yang merangka sebuah model baharu.

“Model ini bukan sahaja memperkukuhkan asas organisasi, tetapi turut memberi manfaat langsung kepada warga peneroka serta meningkatkan kesejahteraan komuniti FELDA,” katanya pada Isnin.

Melalui kenyataan itu, bermula 15 Oktober 2020, Amiruddin juga berjaya memulihkan kewangan FELDA melalui langkah pembaharuan dan pengurusan cekap.

image is not available

Foto: FELDA

Bukan itu sahaja, pendekatan tegas beliau dalam kawalan kos dan peningkatan hasil operasi meletakkan FELDA kembali di landasan yang stabil.

“Beliau juga menekankan pembangunan ekosistem holistik, melibatkan kecekapan operasi dan pengurusan sumber, memastikan pertumbuhan jangka panjang Felda yang mampan dan berdaya tahan.

“Asas yang dibina ini akan menjadi panduan untuk kejayaan FELDA pada masa hadapan,” ujar kenyataan itu.

image is not available

Foto: FELDA

Tambahnya lagi, seluruh pengurusan dan warga FELDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Amiruddin atas kepimpinan beliau yang luar biasa.

“Komitmen yang tidak berbelah bahagi serta perkhidmatan cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang tempoh beliau mengetuai FELDA,” tambahnya.