PainBot beri impak impak besar kepada perkhidmatan rehabilitasi Hospital UMS

LocalTechnology
28 Sep 2024 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata mesin PainBot memberi impak besar dalam perkhidmatan rehabilitasi di Hospital UMS.

“Mesin PainBot ini bukan sekadar peralatan perubatan tetapi berfungsi sebagai satu bentuk sokongan dan harapan kepada pesakit yang bergantung kepada rawatan inovatif untuk mengatasi kesakitan yang dialami,

“Terima kasih Syarikat Jetama Sdn. Bhd. kerana sudi menyumbangkan Mesin PainBot yang bernilai RM380,000 ini dan saya yakin sumbangan ini akan memberi impak besar dalam perkhidmatan rehabilitasi di Hospital UMS,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan mesin itu, di sini, Rabu lalu.

Menurut Kasim, aspek kesihatan adalah elemen penting dalam kehidupan, dan PainBot itu adalah bukti bahawa pentingnya kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam mencapai matlamat yang lebih besar.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Terima kasih sekali lagi kepada Jetama Sdn. Bhd. atas komitmen untuk menyokong usaha UMS dan Hospital UMS dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

“Sejak diperkenalkan di Hospital UMS pada Disember 2023, mesin PainBot telah digunakan sebanyak 626 kali untuk pesakit yang menjalani rawatan di Pusat Rawatan Rehabilitasi Hospital UMS,” katanya.

Tambah Kasim, kerjasama itu merupakan satu pencapaian yang signifikan dan menunjukkan penerimaan yang positif serta keberkesanan mesin PainBot dalam pengurusan kesakitan.

“Saya yakin sumbangan ini tidak hanya sekadar angka, tetapi ia menggambarkan peningkatan dalam kualiti hidup pesakit dan keupayaan kita sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan untuk menawarkan rawatan yang lebih efektif.

“Selain itu, ini juga mengukuhkan kedudukan Hospital UMS sebagai sebuah pusat rawatan yang bukan sahaja menyediakan kemudahan moden tetapi juga sentiasa berkembang mengikut perkembangan teknologi perubatan terkini,” jelasnya.

Kasim berkata dengan adanya mesin itu, ia umpama memberi peluang dan harapan bagi pesakit yang mengalami kesakitan kronik.

“Mesin PainBot ini memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses pemulihan pesakit dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.

“Dalam konteks kesihatan awam, keupayaan untuk menyediakan rawatan yang cepat, efisien, dan berkesan adalah kunci kepada kesejahteraan masyarakat.

“Selain mengurangkan masa pemulihan, PainBot juga membantu mengurangkan penggunaan ubat penahan sakit, yang sering kali mempunyai kesan sampingan jangka panjang,” katanya lagi.

Tegas Kasim, pendekatan yang lebih mesra pesakit, turut membantu dengan memberikan tawaran rawatan yang bukan sahaja fokus kepada penyembuhan fizikal tetapi juga kesejahteraan psikologi pesakit.

“Dengan statistik penggunaan sebanyak 626 kali sejak diperkenalkan, ini menunjukkan keperluan yang tinggi untuk rawatan menggunakan teknologi ini,” katanya.

“Pesakit bukan sahaja menerima rawatan yang lebih baik, malah mereka mendapat peluang kedua untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan produktif.

“Sumbangan ini adalah satu manifestasi bahawa dengan usaha dan kerjasama, kita mampu memberikan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.