Empat termasuk ‘Datuk’ bebas dengan jaminan polis

14 Jun 2023 • 12:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Empat termasuk seorang ‘Datuk’ dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman empat hari Isnin lepas berikutan laporan awam kumpulan itu cuba menjadi broker dalam urus niaga berkaitan projek Perindustrian Minyak dan Gas Kudat (KOGIP).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata bukan sahaja kumpulan itu tidak ada kebenaran, malah projek itu belum dibuka untuk tender lagi.

“Bagaimanapun, tiada seorang pun di Sabah menjadi mangsa penipuan dalam kes ini. Kumpulan itu termasuk wanita mempunyai rekod jenayah yang serupa yang dilakukan di negeri lain.

“Individu berusia 40 hingga 60 tahun itu adalah bukan warga Sabah yang modus operandinya menyasar penduduk tempatan dan menawarkan projek sambil mengutip deposit sebagai bayaran pemprosesan.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Justeru, kontraktor digesa tidak membuat sebarang pembayaran sehingga benar-benar yakin projek itu sah. Kami menerima banyak laporan kerugian dengan cara ini,” katanya.

Jauteh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.