Empat Termasuk Mentua Prince Syed Ditahan Akibat Perselisihan faham

LocalPolitics
3 Nov 2025 • 2:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Empat Termasuk Mentua Prince Syed Ditahan Akibat Perselisihan faham

Empat individu termasuk ibu bapa mentua personaliti media sosial dikenali sebagai Prince Syed ditahan polis selepas berlaku insiden pergaduhan di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, semalam.

Prince Syed dakwa dipukul

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata laporan berhubung kejadian itu dibuat oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa diserang pada jam 2.40 petang.

image is not available

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.

“Susulan kejadian, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau menambah, kesemua mereka termasuk ibu bapa kepada isteri lelaki berkenaan kini dalam siasatan dan kertar siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Prince Syed atau nama sebenar Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, telah membuat laporan polis selepas mendakwa diserang dan dipukul oleh empat individu yang dikenalinya.

image is not available

Dia mendakwa kejadian berlaku di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai apabila kumpulan itu datang menyerang dan memukulnya menggunakan topi keledar serta menumbuknya hingga menyebabkan kecederaan.

Sumber: Berita Harian (Ruwaida Md Zain)