Empat termasuk tiga warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat

1 Jul 2024 • 7:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Empat lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat di kawasan air terjun Bukit Apek, ditemukan selamat, pada Ahad.

image is not available
Empat lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat di kawasan air terjun Bukit Apek, ditemukan selamat, pada Ahad.

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Empat lelaki termasuk tiga warga Singapura yang dilaporkan sesat di kawasan Air Terjun Bukit Apek, di sini, ditemukan dalam keadaan selamat pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 7.19 malam.

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan.

"Mangsa tersebut masih boleh dihubungi sebelum mereka ditemui pada jam 11.20 malam.

"Tiga lelaki warga Singapura berusia 22 tahun dan seorang lelaki tempata tidak mengalami sebarang kecederaan, mereka berjaya dibawa turun pada jam 1.02 pagi, Isnin, kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!