Empat wakil negara melangkah gah di Australia

19 Nov 2025 • 7:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Australia. Foto: Fail AFP

EMPAT wakil negara termasuk beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Australia 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing pada Rabu.

Pada pusingan pertama Super 500 yang berlangsung di Sydney Olympic Park, Tang Jie-Ee Wei mudah menewaskan gandingan senegara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien 21-19, 21-9 bagi menempah pertemuan menentang beregu Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh.

Bagi acara beregu lelaki, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King meneruskan kemaraan dengan menundukkan gandingan tuan rumah Phillip Halim-Landon Hosea Kurniawan 21-8, 21-11.

Menanti  Wan Arif-Roy King  pada aksi esok, beregu profesional Goh V Shem-Choi Sol Gyu.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching pula menewaskan wakil Australia Amy Wang 21-10, 21-11 akan bertemu pemain Kanada Michelle Li.

Pemain perseorangan lelaki, Aidil Sholeh Ali Sadikin juga mara selepas menewaskan rakan senegara Eogene Ewe 21-15, 21-12 bakal berentap dengan pemain Jepun Yushi Tanaka di pusingan kedua. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved