Empat warga Indonesia ditahan terlibat kes dadah

9 Sep 2025 • 3:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Polis menahan empat warga Indonesia disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah menerusi tiga operasi berasingan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata semua suspek ditahan hasil operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Balai Polis Desa Kencana.

Beliau berkata suspek pertama adalah seorang lelaki berusia 26 tahun yang ditahan pada jam 11.05 pagi di Jalan Embara Budi.

“Pemeriksaan mendapati beg suspek mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi 0.09 gram syabu. Ujian saringan turut mendapati suspek positif dadah.

“Seorang lagi lelaki warga Indonesia berusia 26 tahun ditahan pada jam 6.58 petang kerana positif dadah.

“Sekitar jam 9.35 malam semasa pasukan menjalankan Op Tapis di Jalan Ulu Tungku sebuah kereta Proton Saga berwarna merah telah ditahan. Hasil pemeriksaan menemukan satu bungkusan plastik berisi 16 paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 57.03 gram,” katanya.

Menurut Dzulbaharin dua lelaki warga Indonesia berusia 30 dan 45 tahun ditahan bersama sebuah Proton Saga dan dua telefon bimbit.

Beliau menyatakan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM6,273 dan kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Secara keseluruhan polis Lahad Datu menahan empat lelaki warga Indonesia dari 7 hingga 8 September dengan rampasan dadah seberat 57.12 gram bernilai RM6,283.20. Semua kes disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya.