Pesara, penjawat awam ditahan pecah amanah RM303,000

LocalPolitics
4 Sep 2025 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pesara kerajaan dan seorang penjawat awam berhubung kes pecah amanah melibatkan RM303,000.

Menurut sumber, kedua-duanya, seorang wanita dan seorang lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun, ditahan sekitar jam 12 tengah hari di pejabat SPRM Lahad Datu ketika hadir untuk memberi keterangan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara Julai 2020 hingga Februari 2021 semasa berkhidmat di sebuah agensi kerajaan.

Siasatan awal mendapati mereka dipercayai menyeleweng baucar bayaran kepada pekerja asing berjumlah RM303,000 walaupun pekerja terbabit tidak menerima sebarang bayaran.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved