Empat warga Pakistan direman kes samun stesen minyak 

12 Nov 2026 • 4:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat warga Pakistan direman kes samun stesen minyak 

BUKIT MERTAJAM – Empat warga Pakistan termasuk dua wanita direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes samun seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Permatang Pauh, Selasa lalu.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 23 hingga 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Savinder Singh Jugindar Singh di Mahkamah Bukit Mertajam, di sini hari ini, sehingga 17 November ini.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan menerusi dua serbuan berasingan di ibu negara bermula petang semalam hingga awal pagi tadi.

Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Aminuddin Raja Abdullah, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi, 10 November lalu di sebuah stesen minyak, Jalan Samagagah, Permatang Pauh.

Siasatan awal mendapati kumpulan terbabit menggunakan modus operandi meminta sumbangan wang daripada orang awam yang berada di kawasan stesen minyak sebelum bertindak melakukan samun.

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 43 tahun dipercayai mengalami kecederaan sebelum barangan peribadinya dilarikan. Jumlah kerugian akibat kejadian berkenaan dianggarkan sebanyak RM10,000. – KOSMO! ONLINE

The post Empat warga Pakistan direman kes samun stesen minyak  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved