“Emran Dah Nyatakan Hasrat Untuk Tak Teruskan..” – Noor Nabila & Engku Emran Sah Bakal Bercerai

22 Sep 2023 • 1:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah sekian lama hubungan suami isteri menjadi tanda tanya, akhirnya kakak kepada selebriti, Neelofa iaitu Noor Nabila memberitahu dirinya akan berpisah dengan Engku Emran dalam waktu terdekat.

Kata Nabila kepada pihak Harian Metro, keputusan ini dibuat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak tahun 2021.

Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Tambahannya lagi, dia tidak berkongsikan masalah rumah tangga kepada umum dan lebih memilih untuk diketahui oleh antara mereka saja serta menjadikan ia sebagai pengajaran hidup.

Dalam pada itu, dia yakin bahawa sudah buat yang terbaik sepanjang perkahwinan mereka tetapi sebagai manusia, Nabila tidak dapat lari dari ujian serta dugaan rumah tangga.

Sebelum ini, sumber rapat mendedahkan bahawa Engku Emran sudah tidak tinggal sebumbung dengan Nabila dan dalam proses untuk bercerai.

image is not available 2 days ago

"Tentang Nabila Dan Engku Emran.." - Datin Kartini Buka Mulut Mengenai Kontroversi Rumah Tangga Kakak Neelofa