Emylia Rosnaida Bertegas Tidak Akan Kembali Berlakon – “Saya Bahagia Urus Keluarga”

LocalEntertainment
28 Aug 2025 • 11:33 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas pelakon, Datin Emylia Rosnaida menegaskan dirinya tidak lagi berhasrat untuk kembali ke dunia lakonan selepas memilih untuk berundur ketika namanya sedang meningkat naik.

Menurut Emylia, kini beliau lebih selesa memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga serta menggalas tanggungjawab sebagai pengurus peribadi suaminya, Datuk AC Mizal.

image is not available

Ulasnya,

Kalau saya dan AC sama-sama aktif dalam industri, jadual pasti terlalu padat. Sekarang pun uruskan AC saya rasa masa tidak cukup, apatah lagi jika masih berlakon. Sebab itu saya pilih untuk berkorban, hanya seorang yang kekal aktif. Saya lebih bahagia uruskan keluarga dan anak-anak.

Ditanya sama ada rindu untuk kembali berlakon, Emylia menafikan perkara itu walaupun masih menerima pelbagai tawaran hingga kini. Jelasnya,

Tidak, saya sudah puas berlakon ketika muda. Buku lakonan sudah saya tutup.

Untuk rekod, konsert WE 4U2C Live In Concert dijadual berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

image is not available 2025-07-03 14:24:31

"Nak 'Comeback' Pun Jadi Isu.." - Datin Emylia Titip Kata Semangat Buat Datuk AC Mizal Susulan Isu Konsert 4U2C