Enakmen Kesalahan Syariah Kelantan dikuat kuasa tahun depan

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enakmen Kesalahan Syariah Kelantan dikuat kuasa tahun depan

KOTA BHARU: Enakmen Ke­salahan Syariah (Kelantan) 2026 dijangka dikuatkuasakan sepenuhnya bermula Januari 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud berkata, enakmen ber­kenaan dalam proses untuk mendapatkan perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menurutnya, penguatkuasaannya hanya akan dilaksanakan apabila semua perkara berkaitan selesai dilakukan.

“Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 kini dalam pro­ses untuk mendapat perkenan Tuanku dan dijangka akan dapat dikuatkuasakan sepenuh­nya pada awal tahun depan.

“Kita perlu menyelesaikan dahulu perkara-perkara bersangkutan seperti penerangan, kaedah-kaedah dan sebagainya, sebelum ia dikuatkuasakan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mohd. Asri berkata, usaha mencabar Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 akan lebih sukar berbanding yang pernah dilakukan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 (EKJS 2019).

Katanya, ini kerana penggubalan Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 telah mengambil kira beberapa aspek penting berdasarkan pengalaman dilalui semasa Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 seksyen EKJS 2019 pada Februari 2024.

“Cabaran kepada Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 dilihat lebih sukar kerana kita telah mengambil kira keputusan-keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

“Cabaran undang-undang ke atas enakmen baharu ini juga tidak akan melibatkan keseluruhan enakmen. Jadi pelaksanaan enakmen tersebut masih re­levan,” katanya.

Sebelum ini, peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid me­nyatakan sekurang-kurangnya 11 peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 berpotensi dicabar.

Meskipun tidak bercadang mencabar, Nik Elin Zurina berkata, wakil rakyat di Kelantan tidak menggubal undang-undang itu dengan lebih baik. – UTUSAN

The post Enakmen Kesalahan Syariah Kelantan dikuat kuasa tahun depan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved